Total Pageviews

Monday, April 23, 2012

BM Karangan 19. Perhimpunan Sekolah


19. Perhimpunan Sekolah

Sekolah saya mengadakan perhimpunan pada setiap hari Isnin.
Pada hari itu, semua murid dan guru berkumpul di hadapan sekolah. Mula-mula, lagu Negaraku dinyanyikan dan bendera Malaysia dinaikkan. Kemudian murid-murid menyanyikan lagu sekolah.
Selepas menyanyi, guru besar dan penolong kanan akan memberi ucapan. Guru besar menasihati kami supaya sentiasa rajin belajar dan menjaga nama baik sekolah.
Apabila perhimpunan tamat, murid-murid beratur masuk ke kelas untuk belajar.

No comments:

Post a Comment