Total Pageviews

Monday, April 23, 2012

BM Karangan 13. Persiapan Ke Sekolah


13. Persiapan Ke Sekolah

Alex bangun pada pukul enam pagi setiap hari. Alex akan mengemaskan katilnya. Kemuaidan dia menggosok gigi dan mandi.
Selepas itu, Alex memakai baju seragamnya. Dia bersarapan dengan keluarganya. Dia makan roti dan minum susu.
Ibu Alex menghantarnya ke sekolah dengan kereta. Alex mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya sebelum masuk ke sekolah.

BM Karangan 12. Kereta Ayah Andy


12. Kereta Ayah Andy

Ayah Andy telah membeli sebuah kereta baru. Kereta barunya ialah kereta Proton Wira.
Ayah Andy menghantar Andy ke sekolah dengan kereta baru itu. Dia memandu keretanya dengan berhati-hati.
Ayah Andy sangat sayang akan kereta barunya. Dia akan mencuci kereta itu apabila ada masa lapang.
Pada hujung minggu, ayah Andy membawa keluarganya bersiar-siar dengan menaiki kereta baru itu.

BM Karangan 11. Kampung Saya


11. Kampung  Saya

Saya tinggal di sebuah kampung yang kecil. Nama kampung saya Kampung Sentosa.
Penduduk di kampung saya terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Kebanyakan penduduk di kampung saya bekerja sebagai penoreh getah.
Penduduk kampung saya hidup dengan aman dan damai. Mereka sentiasa tolong menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

BM Karangan 10. Rumah Saya

10. Rumah Saya 

Rumah saya terletak di Taman Cempaka.  Rumah saya rumah bangle.
Di dalam rumah saya ada tiga buah bilik tidur. Ruang tamu rumah saya dihiasi dengan cantik dan sentiasa bersih. Di hadapan rumah saya pula ada banyak pokok bunga .
Pada hari minggu, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Oleh itu, rumah saya bersih dan kemas.

BM Karangan 9. Guru Kelas Saya


9. Guru Kelas Saya

Guru kelas saya bernama Puan Lim. Saya amat menghormatinya. Beliau mengajar saya sejak dari tahun satu.
Puan Lee seorang guru yang rajin dan bertanggungjawab. Beliau mengajar kami mata pelajaran Bahasa Cina dan Matematik      .
Puan Lee mengajar kami dengan sabar. Oleh itu, kami sentiasa mendapat markah yang baik.
Semua murid sayang dan hormat kepada Puan Lee.

BM Karangan 8. Jiran Baru Saya


8. Jiran Baru Saya    

Encik Lee sekeluarga merupakan jiran baru saya. Kami telah berjiran sejak lima bulan yang lalu.
Encik Lee bekerja sebagai seorang posmen. Setiap hari, dia menunggang motosikal ke tempat kerjanya.
Isteri Encik Lee seorang suri rumah. Mereka mempunyai dua orang anak. Anak-anak mereka bernama Chee Hong dan Chee Weng.
Hubungan kami dengan keluarga Encik Lee sangat baik. Kami hormat-menghormati antara satu sama lain.

BM Karangan 7. Keluarga Saya


7. Keluarga Saya

Keluarga Siao Hui terdiri daripada lima orang. Bapa Siao Hui bernama Loh Tuck Meng. Ibunya bernama Chai Siew Moi.
Siao Hui mempunyai seorang abang yang bernama Loh Chun Fong. Adik perempuannya pula bernama Loh Siao Ying.
Siao Hui sekeluarga bantu-membantu dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Pada masa lapang, mereka berbual-bual atau menonton televisyen bersama-sama.
Keluarga Siao Hui sungguh bahagia.